Ketika Perang Dunia Kedua Dr._Seuss

Geisel mula melukis kartun politik untuk akhbar PM di New York apabila Perang Dunia ini tercetus.[13] Lukisan-lukisan ini banyak mengutuk rejim-rejim Adolf Hitler dan Benito Mussolini, penindasan terhadap golongan Yahudi di benua Eropah, serta juga puak yang tidak ingin Amerika Syarikat campur tangan dalam perang ini seperti Charles Lindbergh.[14]

Beliau dalam karya zaman perangnya juga menaruh prasangka kuat terhadap warga senegaranya yang berbangsa Jepun ketika masyarakat tersebut ditindas dan ditahan di kem-kem tahanan oleh pemerintah Amerika Syarikat - beliau tidak begitu dapat membezakan antara masyarakat tersebut dengan warga Empayar Jepun yang memerangi A.S pada ketika itu, bahkan sering menganggap mereka sebagai suatu pihak yang cenderung membelot.[15] Walau bagaimanapun, fikirannya lama-kelamaan berubah setelah perang tersebut tamat, bahkan turut menulis cerita yang diilhamkan pengalaman sengara mereka - misalnya Horton Hears a Who! yang didedikasikan kepada seorang rakannya yang berbangsa Jepun.[16]